Imam masjid antara penerima Anugerah Maulidur Rasul 1442H Melaka


Foto Kredit : Unit Pusat Sumber Jabatan Ketua Menteri Melaka

05/12/2020 04:53 PM

MELAKA, 5 Dis — Setiap hari sejak 38 tahun lepas, imam kariah Masjid Kampung Hulu, Abas Abd Hadi, membawa motosikal atau keretanya sejauh 12 kilometer untuk mengimamkan solat.

Abas, 64, dari Kampung Pernu berkata sudah menjadi kebiasaannya keluar rumah sebelum zuhur dan pulang selepas isyak seusai menyampaikan kuliah agama atau mengajar al-Quran kepada masyarakat di masjid berkenaan.

Hasil kegigihannya menyebarkan syiar Islam, datuk kepada 19 cucu itu menjadi antara penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul 1442H peringkat negeri Melaka yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini, hari ini.

“Saya berharap golongan muda pada masa kini terutamanya dapat mengimarahkan surau atau masjid di mana sahaja selain tidak jemu menambah ilmu agama untuk bekalan hidup.

“Saya juga bersyukur selain tidak menyangka terpilih untuk menerima anugerah ini dan berterima kasih kepada kerajaan negeri atas penghargaan tersebut,” kata Abas yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Ulama-Ulama Melaka kepada pemberita selepas majlis sambutan itu yang turut dihadiri Toh Puan Asmah Abd Rahman dan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Sementara itu, seorang lagi penerima anugerah berkenaan, Rusnah Ahmad, 64, yang mengajar fardu ain dan berpengalaman selama 42 tahun dalam pengurusan jenazah berkata pengiktirafan itu akan menyuntik semangatnya agar terus berbakti kepada masyarakat.

Anugerah Khas Maulidur Rasul 1442H turut diberikan kepada dua individu lain iaitu Myia Yuzrina Zalkis Ayol, 39, dan Mohammad Ismail, 81, serta Madrasah Al-Qurra’ Taboh Naning, Simpang Ampat, Alor Gajah.

SETIAUSAHA AGUNG DAP CABAR SENARAI PENERIMA ‘DIRECT NEGO’ RM6.6BILLION DIKELUARKAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker