Konflik dalaman melanda BERSATU – PAS

Oleh – Bakhtiar Omar


Konflik dalaman melanda BERSATU - PAS

Konflik dalaman disebut telah melanda BERSATU dan PAS, sekutu utama dalam Perikatan Nasional. Ini berikutan tindakan 3 pemimpin BERSATU yang menandatangani Proklamasi Orang Melayu yang diasaskan Tun Mahathir baru-baru ini.

Proklamasi Orang Melayu yang ditandatangani tiga pemimpin parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, ia kerana sokongan yang diberikan tidak mewakili parti, sebaliknya hanya sebagai indivdu. – Laporan akhbar – 8/5/2023

Presiden BERSATU tidak menampakkan samada beliau selesa atau tidak dengan percaturan sedemikian.

Mungkin ada kebimbangan akan menjejaskan hubungan dengan GERAKAN yang juga merupakan komponen dalam Perikatan Nasional.

Walaupun Ketua Penerangan BERSATU cuba meyakinkan sokongan tersebut bersifat ‘individual’, sedikit sebanyak akan menjejaskan parti itu sendiri. 

Sebagai rekod, Tun Mahathir telah dipecat dari BERSATU pada 28 Mei 2020.

Tindakan Presiden PAS bersama beberapa pemimpin utama PAS bertemu dengan Tun Mahathir digambarkan sebagai satu percubaan kerjasama politik PAS sekiranya Perikatan Nasional dibubarkan berikutan kes melibatkan Muhyiddin Yassin dan BERSATU diheret ke Mahkamah.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta. – Laporan – 13 Mac 2023

PAS dalam pada itu juga perlu diingatkan, perbuatan pemberian wang ketika PRU15 oleh seorang individu sebagai balasan untuk mengundi PAS merupakan satu kesalahan yang boleh membawa masalah besar kepada Perikatan Nasional.

Jika diteliti, Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin tidak memberi apa-apa komen mengenai Proklamasi Melayu yang kononnya dilakukan demi kelangsungan kaum Melayu.

Ini mungkin kerana ramai sedar, sekiranya ada parti politik yang masih mahu mendukung Mahathir sebagai pemimpin mereka, parti akan menerima padah dalam Pilihanraya akan datang.

Rekod politik Mahathir sebenarnya telah tercemar apabila beliau hilang kerusi Langkawi dengan kekalahan memalukan hingga hilang deposit.

Bagi pemerhati politik pula, tindakan PAS merupakan langkah ‘desperado’ yang terpaksa dilakukan parti itu kerana sudah ada desas-desus keyakinan terhadap BERSATU semakin luntur.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker