‘Saya diuji apabila dituduh sengaja gugurkan kandungan’ – Shuhada
Kuala Lumpur: Isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri yang baru saja keguguran menafikan dakwaan sengaja membuang kehamilannya yang berusia 14 minggu secara haram.
Shuhada, 29, menepis dakwaan yang dilemparkan dan memaklumkan keguguran ini turut memberi impak terhadap kesihatan mental dan fizikalnya.
“Berat hati saya kongsikan berita sedih yang mana saya telah mengalami keguguran baru-baru ini. Saya berkongsi bagi mengelakkan sebarang masalah dan kekeliruan pada masa akan datang.
“Sekali lagi saya diuji apabila dituduh sengaja menggugurkan kandungan. Sekali gus, perkongsian ini dibuat bagi menepis sebarang fitnah dan tuduhan tidak berasas selepas ini.
Shuhada, 29, berkongsi berita kehamilan dan perkongsian itu adalah kerana mahu mengelak fitnah.
Malah, dia percaya orang ramai boleh menilai sendiri kronologi dan usia kandungannya.
Shuhada berkata, fokusnya ketika ini adalah untuk meneruskan kehidupan walaupun pelbagai dugaan dan cabaran bakal ditempuhi.
Konflik rumah tangga Shuhada dan Hafidz masih belum menemui noktah apabila kes tuntutan pengesahan lafaz cerai dibuat pelakon itu terhadap isterinya bakal berlangsung esok.
Shuhada mendakwa Hafidz pernah melafazkan talak kepadanya menerusi WhatsApp selain melalui panggilan telefon pada 22 Januari dan 22 Februari lalu.
Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.
METRO