Guan Eng dan Hadi sama-sama amalkan politik pecah belah

Ini bermakna DAP dan PAS tidak jauh berbeza sebenarnya. Kedua-dua mereka mengancam perpaduan dan integrasi nasional.

Oleh Nurul Aisyah

MEMANG jadi bahan ketawa apabila Lim Guan Eng menggesa rakyat Malaysia supaya beramai-ramai membuat laporan polis terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kononnya bagi menamatkan “politik pecah belah, pelampau dan perkaumannya”.

Sebagaimana yang kita tahu, DAP ketika didominasikan oleh keluarga Lim mengamalkan politik pecah belah, pelampau dan perkauman. Kini DAP diketuai oleh Anthony Loke dilihat lebih terbuka dan memahami visi UMNO dan menghormati pegangan kita. Namun sejauh mana keikhlasan mereka, belum dapat dipastikan.

Ini bermakna DAP dan PAS tidak jauh berbeza sebenarnya. Kedua-dua mereka mengancam perpaduan dan integrasi nasional. Cuma pendekatan Anthony Loke dilihat lebih sederhana jika dibandingkan dengan cara keluarga Lim.

Kita memang tidak boleh nafikan Hadi begitu terdesak untuk mengacau, menggugat kestabilan malah memusnahkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim, sehinggakan beliau terus menyasarkan orang bukan Islam dan bukan Melayu secara terbuka.

Sebelum ini Hadi menyalahkan bukan Melayu sebagai kumpulan perompak terbesar dan pemberi serta penerima rasuah. Ini mengundang kemarahan bukan Melayu memandangkan rasuah tidak mengenali bangsa dan adalah masalah negara yang dihadapi semua bangsa.

Oleh itu, Hadi dilihat telah mendedahkan keghairahan PAS untuk berkuasa tanpa mempedulikan dakwaannya yang menghasut dan tidak berasas. Perlu kita ingat, perkara ini berlaku setelah termeteri penjanjian antara PAS dan Mahathir.

Beberapa pihak menganggap perjanjian tersebut satu ‘Kesepakatan Ahzab’untuk memporak-perandakan negara. Ia akan menyebabkan keyakinan pelabur terjejas dan usaha yang sedang giat dijalankan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara, ketika dunia di ambang krisis ekonomi, terjejas teruk.

Apa yang penting, Hadi dan Mahathir dilihat tidak kisah kesan tindakan mereka kerana Kesepakatan Ahzab berkenaan hanya mementingkan kuasa. Hadi dan Mahathir sama sahaja tamak halobanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker