Lelaki diserang penyakit autoimun selepas pulang bercuti di Bali

Lelaki diserang penyakit autoimun selepas pulang bercuti di Bali

Lelaki diserang penyakit autoimun selepas pulang bercuti di Bali
PEGG diserang penyakit autoimun selepas pulang bercuti di Bali.

Dubai: Malang nasib seorang lelaki United Kingdom (UK) yang tinggal di Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila dia lumpuh dari muka ke bawah badan kerana dijangkiti penyakit autoimun jarang jumpa selepas pulang daripada percutian di Bali, Indonesia.

Independent UK melaporkan, ejen hartanah, Tom Pegg, 23, yang berasal dari Cheshire, UK itu, pada mulanya mengalami sakit perut, pada Jun lalu.

ia mungkin keadaan biasa bagi pelancong yang pulang daripada percutian.



Lima hari kemudian, simptomnya bertambah teruk dan matanya mula membengkak.

Pegg pergi ke hospital di sini, dan hasil pemeriksaan, doktor mengesyaki dia mengalami alahan dan memberinya suntikan antihistamin.

Dua hari kemudian, rakan baiknya menghantar Pegg ke hospital untuk mendapat rawatan kecemasan kerana kedua-dua mata lelaki membengkak. Pegg juga sukar bernafas dan tidak boleh bercakap.

Dia kembali ke Hospital Al Qaassimi di sini, di mana dia disahkan menghidap Sindrom Guillain-Barre. Ia keadaan yang mana sistem imun badan menyerang saraf seseorang.



Sementara itu kakak Pegg, Hollie, 28, seorang ahli terapi kecantikan, juga dari Cheshire berkata, keadaan Pegg sangat menakutkan.

“Saya tidak pernah mendengar penyakit itu dalam hidup saya. Dia berubah daripada seorang lelaki yang cergas, sihat, suka berseronok kepada lemah yang kelihatan seperti kanak-kanak.

“Ia adalah penyakit yang mengerikan yang berlaku begitu cepat dan secara tiba-tiba,” katanya.

Menurut Hollie, abangnya mengalami lumpuh dari bahagian muka ke bahagian bawah badan.



Pegg kini dalam pemulihan dan sedang belajar berjalan semula. Tetapi belum diketahui berapa lama masa akan diambil lelaki itu untuk pulih.

Lelaki diserang penyakit autoimun selepas pulang bercuti di Bali


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button