Budak lelaki enam tahun ditemukan mati dalam mesin basuh

Budak lelaki enam tahun ditemukan mati dalam mesin basuh

Budak lelaki enam tahun ditemukan mati dalam mesin basuh
Foto hiasan.

IPOH: Luluh hati seorang nenek apabila menemukan cucunya yang berusia enam tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam mesin basuh pakaian di sebuah rumah, sebelum disahkan meninggal dunia, pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata laporan mengenai kematian kanak-kanak lelaki itu diterima jam 11.44 pagi daripada pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas dibawa dari rumahnya di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Manjoi, di sini.

Katanya, siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit ada bersama dengan ahli keluarganya yang lain di dalam rumah sebelum dia kemudian ditemukan berada dalam mesin basuh oleh neneknya, kira-kira jam 9.30 pagi.



“Mangsa dijumpai oleh neneknya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam mesin basuh pakaian. Mangsa kemudian dihantar ke hospital oleh ambulans namun disahkan meninggal dunia jam 11.02 pagi ini (Isnin),” katanya menerusi kenyataan, malam tadi.

Katanya, hasil bedah siasat di Jabatan Forensik HRPB hari ini mendapati punca kematian kanak-kanak itu adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

Budak lelaki enam tahun ditemukan mati dalam mesin basuh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button