Remaja perempuan dilarikan teman lelaki tinggal dalam stor besi buruk 11 bulan

PETALING JAYA: Polis menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilarikan kekasihnya yang berusia 23 tahun sejak Julai lalu dalam serbuan di sebuah di stor besi buruk di Banting.

Remaja terbabit dipercayai dilarikan teman lelakinya itu dari rumahnya di Desa Mentari di sini pada Julai lalu dan tinggal bersama suspek di stor berkenaan sejak itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, motif kejadian dipercayai suspek yang bercinta dengan mangsa sejak 2014 mengesyaki remaja berkenaan mempunyai teman lelaki lain.

“Dipercayai mangsa memang mengikut suspek namun kes disiasat mengikut Seksyen 52 Akta Kanak-kanak 2001 kerana mangsa berusia 17 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil maklumat risikan, polis berjaya mengesan dan menahan suspek di sebuah kampung di sekitar Banting dan berjaya menemui mangsa di Jalan Bukit Perah, Kampung Olak Lempit, Banting.

Katanya, sepanjang dilaporkan hilang mangsa tidak pernah menghubungi keluarganya dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sekiranya berlaku perlakuan seksual.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker