123,000 penduduk di Gaza hilang tempat tinggal

123,000 penduduk di Gaza hilang tempat tinggal

123,000 penduduk di Gaza hilang tempat tinggal
PENDUDUK Palestin memeriksa kemusnahan susulan serangan udara Israel di Gaza. FOTO AFP

Gaza: Lebih 123,000 orang hilang tempat tinggal di Gaza, akibat serangan berterusan Israel, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Isnin lalu, lapor Xinhua.

Serangan udara dan tembakan oleh Israel memusnahkan rumah dan bangunan pangsapuri, dengan empat menara kediaman besar di Gaza, musnah.

Enam pekerja penjagaan kesihatan terbunuh dan empat lagi cedera, selain tujuh kemudahan penjagaan kesihatan dan sembilan ambulans, rosak.



Kerosakan kemudahan air, sanitasi dan kebersihan menjejaskan perkhidmatan kepada lebih 400,000 orang di Gaza.

Loji Janakuasa Gaza kini satu-satunya sumber elektrik dan boleh kehabisan bahan api dalam tempoh beberapa hari, menurut OCHA.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?


Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menganggarkan lebih separuh daripada mereka yang kehilangan tempat tinggal berlindung di berpuluh-puluh sekolah.

UNRWA menyediakan pusat-pusat perlindungan kecemasan serta menyediakan bantuan kritikal, menurut pejabat itu.



Bantuan tunai juga diperlukan untuk penduduk yang hilang tempat tinggal dan komuniti tuan rumah di Gaza.

Rakan kongsi kemanusiaan sedang berusaha untuk menyediakan kit bantuan dan sokongan psikososial untuk keluarga yang terjejas.

Program Makanan Sedunia (WFP) mula mengagihkan makanan kepada sehingga 100,000 orang yang kehilangan tempat tinggal di Gaza, yang berlindung di UNRWA, kata Stephane Dujarric, jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.

123,000 penduduk di Gaza hilang tempat tinggal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker