Mayat lelaki terdampar di pantai Lagenda

Mayat lelaki terdampar di pantai Lagenda

Mayat lelaki terdampar di pantai Lagenda
Mayat lelaki tanpa dokumen pengenalan diri yang ditemukan terdampar di pantai Lagenda, Pekan. – Foto ihsan JBPM

PEKAN: Mayat lelaki tanpa dokumen pengenalan diri ditemukan terdampar di tepi pantai Lagenda, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuaan mayat itu pada 8.05 pagi.

Katanya, setakat ini identiti mangsa berketinggian 1.74 meter tidak dapat disahkan kerana tiada pengenalan diri ditemukan.



“Mangsa memakai baju T berkolar bulat warna merah dan ungu serta berseluar jeans warna biru dan memakai sarung kaki warna hitam.

Mengulas kemungkinan ia membabitkan kes seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Tanjung Lumpur di Sungai Kuantan, di sini pada 10 Februari lalu, beliau berkata, siasatan masih dilakukan.

“Belum pasti, masih dalam siasatan,” katanya.

Umum rehat politik, Azmin takut kalah



Mayat lelaki terdampar di pantai Lagenda


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Umum rehat politik, Azmin takut kalah



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button