Warga emas meninggal dunia di ruang tamu

JOHOR BAHRU: Seorang warga emas berusia 69 tahun ditemui meninggal dunia dalam sebuah rumah di Jalan Murni 7, Taman Suria di sini, hari ini.

Mayat lelaki itu ditemui di atas kerusi dalam ruang tamu rumah, selepas pihak bomba berjaya membuka pintu rumah berkenaan yang berkunci.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Hussin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai terdapat mangsa yang dalam rumah terperangkap melalui talian MERS999 pada jam 5.11 petang.

“Pasukan Keluaran Operasi memotong jeriji. Lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki berkenaan.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker