Bukan ‘Tok Wan Bulu’ yang pandu – Polis

LANGKAWI: Kejadian kanak-kanak berusia enam tahun yang memandu kereta Toyota Vios milik keluarga sehingga terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Tangga di sini, malam kelmarin tiada kaitan dengan unsur mistik.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata berdasarkan keterangan kanak-kanak itu, dia didapati tahu cara memandu kereta dan turut mengetahui kedudukan gear.

Media sebelum ini melaporkan, kanak-kanak terbabit dikatakan memandu sejauh 2.5 kilometer (km) dari rumahnya bersama adiknya untuk ke kedai bagi membeli mainan.



Video kemalangan terbabit tular tengah malam tadi dengan orang ramai terkejut apabila mengetahui kenderaan terbabit dipandu kanak-kanak berkenaan tanpa pengetahuan ibu bapanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button