Hina Agong, Sanusi ‘kebal’ sebab belajar ‘ilmu kunci sendi’?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Hina Agong, Sanusi 'kebal' sebab belajar 'ilmu kunci sendi'?

Menteri Besar ‘Caretaker’ Kedah, Dato’ Seri Sanusi Md Nor, nampak sangat ‘kebal’ bila bertindak mempersoalkan tindakan DYMM YDP Agong menitahkan pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Ada suara nakal netizen mengaitkan ‘kekebalan’ Sanusi adalah kerana beliau telah belajar ‘ilmu kunci sendi’ yang pernah beliau sebut di atas pentas ceramah.

Tindakan Sanusi mempertikaikan Titah Agong merupakan satu penghinaan terhadap Institusi Istana yang selama ini memayungi kebajikan rakyat.



Beliau juga seolah mahu memberi gambaran bahawa YDP Agong hanya memilih pembentukan Kerajaan Perpaduan tanpa berbincang dengan pemimpin utama parti politik selepas keputusan PRU15 yang menyaksikan tiada satu parti memperolehi majoriti mudah 112 membentuk kerajaan.

Amatlah malang bagi PAS dan Perikatan Nasional mempunyai seorang pemimpin yang tidak dapat menjaga pertuturan dan berlaku biadap terhadap Istana dan YDP Agong hanya kerana kempen Pilihanraya Negeri.

Dipercayai, Sanusi sebenarnya berada dalam tekanan apabila digambarkan tidak lagi akan diberikan jawatan Menteri Besar Kedah selepas satu kompromi politik tertinggi dalam Perikatan Nasional tercapai.

Desas-desus kembalinya Mukhriz Mahathir bertanding di DUN Kedah sudah mula kedengaran, malah susunatur kedudukan PAS Kedah dalam Perikatan Nasional dipercayai akan berubah. 



Ini bagi memberi ruang kepada perancangan Tun Mahathir membawa agenda Proklamasi Melayu dalam kempen PRN. Persepsi ini berlaku selepas tular foto Sanusi bertemu Mahathir di pejabatnya.

Tidak mustahil Sanusi turut ‘menuntut’ cara-cara berlaku ‘biadap’ terhadap Institusi Istana sepertimana Mahathir lakukan. Mahathir sendiri telah menunjukkan belang beliau terhadap Institusi Istana sehingga diambil keterangan oleh PDRM.

Ini semua kononnya kerana mereka merasakan sokongan kuat Orang Melayu sudah berada bersama mereka dengan adanya Proklamasi Melayu yang akan digunakan sepanjang kempen PRN.

Sewajarnya pengundi sudah boleh menilai pihak mana yang berpegang kepada Perlembagaan Malaysia dan pihak mana yang hanya menunggang Perlembagaan untuk kepentingan parti politik.

 

Sanusi seperti orang kena rasuk , kenapa gelabah sangat?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker