HAMID GHURKA SIFATKAN PELAWAK SEKARANG SYOK SENDIRI, TAK SENSITIF & TIADA MESEJ

“Pelawak sekarang banyak buat komedi syok sendiri. Tidak fikir sensitiviti orang. Kami buat lawak dulu ada mesej, bukan komedi kosong sekadar nak buat orang ketawa semata-mata.

“Kadang-kadang ada segelintir pelawak yang buat jenaka syok sendiri. Tak ada mesej. Kelakar kosong sahaja. Kita buat lawak kena ada mesej dan jangan membuat penonton berkecil hati,” kata pelakon dan pelawak veteran Hamid Ghurka yang menyifatkan pelawak masa kini hanya syok sendiri dan tiada mesej dalam berjenaka.

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila ada pelawak mengguna jenaka berunsur lucah sehingga mengundang kecaman. Menurut Hamid yang udah lama berada dalam industri hiburan tanah air, rata-rata pelawak zaman sekarang disifatkan ‘kosong’ dan tidak sensitif dalam berjenaka sekaligus memberi pandangan buruk terhadap dunia komedi tempatan.

Hamid yang kini berusia 88 tahun itu berkata, ketika zaman kegemilangannya mereka digelar ‘pelawak kerajaan’ kerana dalma berjenaka tetap menyampaikan mesej yang baik.



“Sebab itu orang dahulu gelar kami ‘pelawak kerajaan’. Kita bantu menyalur mesej baik walaupun dalam berjenaka. Tapi itulah, kita ini hanya mampu beri pandangan. Siapa nak dengar kan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial apabila sebuah kumpulan lawak mengguna jenaka berunsur lucah sehingga mengundang kecaman netizen serta meminta ahli kumpulan tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka.

BILA CIK B JADI PELAWAK PULA, SELEPAS BERGELAR PELAKON & PENYANYI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker