Remaja maut digilis, diseret lori tangki 6 meter

Oleh – Syeikh Baran


Remaja maut digilis, diseret lori tangki 6 meter
Gambar Hiasan

Seorang remaja perempuan maut apabila digilis dan diseret sejauh enam meter oleh sebuah lori tangki dalam kejadian di Jalan Klang Utama, hari ini.

Mangsa berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang Utara bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 1.59 petang.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awala mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha SS110 telah dilanggar sebuah lori tangki.

“Mangsa kemudiannya digilis dan diseret sejauh enam meter di lokasi kejadian.

“Difahamkan semasa kejadian mangsa dalam perjalanan ke Klang dari Kapar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker