Pengawal keselamatan cedera diserang dengan parang, kerambit

KOTA BHARU: Pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah di sini, cedera diserang sekumpulan lelaki dipercayai bersenjatakan parang dan kerambit, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 5 petang apabila mangsa yang berusia 47 tahun sedang berada di pos pengawal dan didatangi tiga lelaki yang menunggang dua motosikal.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata sebaik turun dari motosikal, semua suspek bertindak menyerang mangsa secara tiba-tiba.

“Mangsa cedera pada rusuk kiri dan masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dan dalam keadaan stabil.

“Usaha mengesan dan menahan suspek yang terbabit sedang giat dijalankan bagi siasatan lanjut termasuk mengenal pasti motif serangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324, Kanun Keseksaan.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker