Rakam Adegan Amang Seksual Ibu & Anak Lelaki

Pihak polis menahan seorang lelaki selepas mengesyaki merakam adegan amang seksual fizikal yang melibatkan seorang ibu dan anak lelakinya yang berusia 14 tahun.

Memetik laporan Bernama, menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, lelaki berusia 25 tahun itu telah ditahan di sekitar Puncak Alam, Selangor pada Jumaat lalu.

Penangkapan lelaki itu adalah untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 14 dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.



Sementara itu, pihak polis mendedahkan bahawa hasil siasatan mendapati suspek yang bekerja sendiri itu mempunyai rekod jenayah lampau iaitu kes pemerasan dan rogol.

Kita turut merampas telefon bimbit suspek yang disyaki digunakan untuk merakam hubungan dua beranak berkenaan.

Terdahulu, pada 4 Mei lalu terdapat laporan seorang wanita direman untuk membantu siasatan berkenaan kes amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya yang berusia 14 tahun.

Dalam pada itu, pihak polis juga telah menyerahkan lelaki berkenaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap anak perempuan wanita tersebut yang berusia 15 tahun.



Susulan itu, menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Shafa’aton Abu Bakar yang mengesahkan perkara tersebut berkata, lelaki berkenaan diperlukan bagi membantu siasatan selepas kes dilaporkan pada 8 Mei lalu.

Sumber: Bernama

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button