Penghuni Rumah Bawah Berang Jiran Buang Kondom Celah Pokok

Penghuni kediaman bertingkat seperti kondominium mahupun flat pasti sering kali berhadapan masalah sampah sarap.

Namun begitu, isu kali ini lebih menjijikkan apabila penghuni bawah menjumpai kondom terpakai di pokok yang ditanamnya.

Menerusi perkongsian di Twitter, seorang wanita meluahkan rasa marah dengan tindakan penghuni rumah atasnya yang membuang kondom merata-rata.

Difahamkan, wanita tersebut lebih berang apabila kondom itu dijumpai pada pokok ajinomoto miliknya yang digunakan sebagai ulam-ulaman.

Selain itu, dimaklumkan bahawa kondom yang dijumpainya itu masih ada bau dan wanita itu mengambil keputusan untuk menyembur pokoknya dengan air untuk menghilangkan kesan dan bau.

Jangan la buang kondom dekat tingkap kalau hidup di kondo atau apartment.

Jatuh atas pokok ni, aku boleh la nak buang tanpa guna tangan. Kalau jatuh atas compressor aircond, siapa nak kutip?

Pengalaman sama

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman yang dialami berkenaan kondom terpakai yang dijumpai merata-rata.

Sumber: Twitter @mimierhmn

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker