Hadi Awang: PAS Akan Hapuskan Hak Istimewa Orang Melayu Sekiranya Memerintah

Hadi Awang: PAS Akan Hapuskan Hak Istimewa Orang Melayu Sekiranya Memerintah

Hadi Awang: PAS Akan Hapuskan Hak Istimewa Orang Melayu Sekiranya Memerintah

Pasti ramai terkejut, tetapi itulah realitinya apa yang pernah disuarakan oleh presiden PAS, Hadi Awang.

Beliau pernah berjanji di hadapan pengundi bukan Melayu, sekiranya PAS diberikan kuasa memerintah, hak istimewa orang Melayu akan dihapuskan.

Hadi Awang: PAS Akan Hapuskan Hak Istimewa Orang Melayu Sekiranya Memerintah

 

Bukan fitnah atau cerita rekaan, tetapi itulah yang pernah dilaporkan oleh akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 15 September 1985.

Hadi Awang: PAS Akan Hapuskan Hak Istimewa Orang Melayu Sekiranya Memerintah

Menurut janji Hadi, antara hak keistimewaan orang Melayu yang akan termasuklah Dasar Tanah Rezab Melayu, Dasar Ekonomi Baru dan lain-lain dasar keistimewaan orang Melayu.

Hadi yang ketika itu adalah pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian ketika dialog bersama masyarakat Cina di Dewan Perhimpunan Cina Terengganu.

Menurut Hadi, jaminan tersebut bukan berbentuk politik semata-mata, tetapi mengikut lunas agama Islam yang tidak membezakan bangsa.

Portal rasmi PAS, Harakah, pernah menafikan perkara itu pada tahun 2018 dengan menganggapnya pihak media tersalah lapor.

Namun dari semakan penulis, pihak Utusan Malaysia tidak pernah memohon maaf seperti kelazimannya apabila berlaku kesilapan.

Malah, mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Hilmi Yahya, mengesahkan laporan tersebut, namun menganggapnya sebagai polemik politik PAS.

Namun begitu, dari semakan penulis, terdapat satu lagi keratan akhbar yang melaporkan seorang lagi pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan yang senada.

Hadi Awang: PAS Akan Hapuskan Hak Istimewa Orang Melayu Sekiranya Memerintah

Ketua PAS Kuala Terengganu, Wan Mutalib Embong, menuntut rakyat Cina supaya berterima kasih kepada PAS atas usaha parti itu menghapuskan hak keistimewaan bangsa Melayu.

Persoalannya, benarkah dasar menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu sememangnya menjadi dasar parti PAS?

Atau ianya pernah menjadi dasar perjuangan parti PAS dahulu, tetapi adakah PAS hari ini sudah memansuhkannya atau masih kekal dengan dasar yang sama?

 

Hadi Awang: PAS Akan Hapuskan Hak Istimewa Orang Melayu Sekiranya Memerintah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker