Pihak luar dan musuh dalam selimut ambil kesempatan terhadap UMNO berkaitan isu pengampunan Najib.

 

Oleh Adam Malik

Dari maklumat yang portal kami terima, pihak luar dan pihak dari dalam UMNO yang condong kepada parti lawan sedang membuat serangan saraf terhadap UMNO.

Setelah gagal huru hara kan umno pada pemilihan Parti yang lalu untuk menukar kepimpinan yang lebih akur kepada Muhyiddin dan Tun Mahathir, kini mereka melakar strategi baru pula.

Ada antara mereka menyamar sebagai ahli UMNO dan penyokong Najib Razak, ada juga yang memang ahli UMNO tetapi sangat akur kepada dua orang bekas Naib Presiden UMNO dan mahu kesenangan yang dinikmati sekejap Ketika barua barua Muhyiddin menjadi pemimpin.

Ada juga orang yang membuat kenyataan mahu undur dari politik kini tiba tiba aktif dan menyebelahi pihak pengkhianat.

Pada isu pengampunan Datuk Seri Najib Razak, UMNO sebagai parti sekadar melaksana kan tanggungjawab mahu DSNR dibebaskan.

Tetapi, UMNO dengan bijaksana tidak mahu membuat Yang diPertuan Agong terlihat diberi tekanan dan membuat keputusan sebab terpaksa dan dibawah desakan.

Kehendak mesti seolah olah menarik rambut dari tepung.

Pihak kami juga telah mendapat maklumat berkenaan kisah belakang tabir tentang kerja kerja yang dibuat oleh pemimpin UMNO.

Apa pun Kembali kepada topik diatas, pihak luar sangat mahukan UMNO berpecah atas sebab isu pengampunan ini.

Jika gagal pada pemilihan parti, ini waktu terbaik ambil kesempatan.

Sambil mereka menyerang Presiden UMNO dan mahu beliau bertanggungjawab , pihak ini tidak beri maklum siapa yang mereka mahu ganti atau sebut nama Muhamad Hassan @ Tok Mat menggantikan nya.

Ini kerana sebenar nya mereka sudah ada calon pengganti yang bukan dari “Top 5”.

Ramai juga ahli UMNO pro Najib pada mula nya terikut rentak hastuan ini, namun kini sedar, DSNR tidak akan dibantu keluar penjara jika kepimpinan bukan sedia ada yang ambil alih.

Malah, desakan tukar Presiden juga penyokong Najib sudah mula sedar hanya ploy untuk menaikan dua bekas pemimpin yang dikenali sebagai pengkhianat.

Sambil itu , pihak yang akibatkan Najib disumbat secara segera berdiam kan diri, sebalik nya pihak lain pula disesak bebaskan Najib.

Ini dipercayai semua permainan dua orang tua politik yang tidak pernah duduk diam kerana menjaga kepentingan dan juga elak dari didakwa atas kesalahan lampau oleh kerajaan sekarang.

Apa yang ahli UMNO perlu lakukan ada lah berdiam seketika untuk tidak mengerohkan kedudukan.

Tiada semua ahli UMNO setuju kepada kepimpinan UMNO, tetapi  bijaksana diperlukan dalam Tindakan dan peda kedudukan sekarang.

Mahu kedudukan Seperti sekarang atau mahu  pupus apabila musuh sukses, itu sahaja pilihan yang ada waktu ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker