NSFC, Sabah kongsi satu mata

Seremban: Hasrat Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk mendapatkan rentak kemenangan tidak kesampaian apabila seri 1-1 dengan Sabah FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Keputusan itu tidak membawa banyak perubahan dalam carta liga apabila NSFC kekal di tangga kelapan dengan sembilan mata manakala Sabah naik satu anak tangga di kedudukan kelima dengan 14 mata.

Skuad Hobin Jang Hobin diuji seawal minit kelima menerusi sepakan kapten Sabah, Baddrol Bakhtiar dari luar kotak penalti, namun bola itu tepat ke dakapan penjaga gol tuan rumah, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Sepakan percuma Tommy Mawat Bada dari jarak kira-kira 30 meter pada minit ke-20 menghasilkan gol pendahuluan NSFC yang menewaskan penjaga gol Sabah, Damien Lim.

Tertekan dengan jaringan itu, anak buah Datuk Ong Kim Swee berusaha memperkemaskan jentera serangan mereka.

Pada minit ke-28, Sabah berpeluang menyamakan kedudukan, namun percubaan Park Tae Su dari dalam kawasan kotak penalti gagal menewaskan Sikh Izhan.

Bersambung babak kedua, Sabah menggandakan kekuatan dan asakan sebelum Tae Su menanduk masuk hantaran lintang Saddil Ramdani untuk gol penyamaan pada minit ke-75.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker