UMNO Bukan Hanya Mesti Bersih, Tetapi Mesti Di Pandang Bersih

UMNO Bukan Hanya Mesti Bersih, Tetapi Mesti Di Pandang Bersih

Dalam sebuah negara demokrasi, pemimpin dipilih oleh rakyat melalui proses pengundian.

Mandat yang diberikan oleh rakyat melalui peti undi adalah berpaksikan kepada 2 faktor utama:

  1. Parti politik
  2. Pemimpin

Untuk mendapatkan keyakinan rakyat, parti politik mestilah mempunyai track record yang boleh membuktikan keupayaan mereka.

Namun begitu, track record parti sahaja tidak mencukupi.

Calon yang bertanding juga akan memainkan peranan penting untuk menarik undi rakyat.

Oleh itu, parti politik dan calon yang bertanding mesti mempunyai magnet yang mampu memberikan keyakinan kepada rakyat untuk memberikan mandat kepada mereka.

Apa yang penulis perhatikan, kebanyakan parti politik dan calon pilihanraya cuma akan membuat persembahan yang terbaik hanya ketika menjelang pilihanraya.

Namun, selepas mendapat kepercayaan dan mandat dari rakyat, segala-galanya berubah.

Perkembangan terbaru dalam parti UMNO sangat membimbangkan.

Di selatan tanah air, pemimpin UMNO yang menang dalam pilihanraya negeri dikatakan terpalit dengan skandal seks dan salah gunakuasa.

Di Melaka, seorang EXCO kanan Kerajaan Melaka didakwa mempunyai skandal dengan perempuan simpanan.

Apa yang membimbangkan ialah, pemimpin UMNO sama ada di peringkat negeri atau pusat dilihat cuba mempertahankan pemimpin tersebut.

Manakala di Johor, seorang pemimpin UMNO yang juga merupakan seorang EXCO didakwa dengan kes salahguna kuasa.

Beliau dikatakan telah mengeluarkan surat arahan kepada pejabat kerajaan negeri Johor supaya memberikan keutamaan kepada urusan bapa beliau.

Kedua-dua skandal yang terdedah ini telah mencalarkan imej UMNO yang telah puluhan tahun berbakti kepada rakyat dan negara.

Lebih membimbangkan, pemimpin UMNO sama ada di peringkat negeri atau pun pusat, dilihat seolah mempertahankan mereka.

UMNO Mesti Tegas Melakukan Pemutihan Parti

 

UMNO Bukan Hanya Mesti Bersih, Tetapi Mesti Di Pandang Bersih

Ini memberikan gambaran seolah-olah, UMNO adalah sebuah parti yang akan melindungi pemimpin yang telah rosak akhlaknya.

Keadaan ini jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan, pasti akan menjejaskan keyakinan rakyat.

UMNO sudah ditolak dalam 2 pilihanraya umum kerana sikap pemimpin mereka.

Tidakkah itu memberikan pengajaran kepada UMNO.

Pemimpin dan parti UMNO bukan sahaja mesti bersih, tetapi mesti dilihat bersih dulu, kini dan selamanya.

 

UMNO Bukan Hanya Mesti Bersih, Tetapi Mesti Di Pandang Bersih

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker