Akhirnya Ismail Sabri Akui Pengkhianat UMNO Adalah Sekutu Beliau

Akhirnya Ismail Sabri Akui Pengkhianat UMNO Adalah Sekutu Beliau

Akhirnya Ismail Sabri Akui Pengkhianat UMNO Adalah Sekutu Beliau

Ismail Sabri mencatat sejarah sebagai perdana menteri yang paling singkat dalam sejarah politik Malaysia.

Bukan sahaja menjadi mencatat sejarah sebagai perdana menteri yang paling singkat, tetapi beliau juga adalah perdana menteri yang paling lembik dalam sejarah negara.

Mempunyai jawatan sebagai perdana menteri, tetapi tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan tugas sebagai perdana menteri.

Di era beliau, sangat jelas segala keputusan yang beliau buat atas kapasiti sebagai perdana menteri, dikawal sepenuhnya oleh PN dan Muhyiddin Yasin.

Ketika banjir besar melanda negara, beliau dilihat tidak mampu menanganinya dengan baik.

Sehingga rakyat sendiri terpaksa turun padang untuk membantu dan menyelamatkan mangsa banjir.

Dalam keadaan yang kritikal itu, menteri kabinet beliau berseronok bercuti di luar negara dan Ismail Sabri dilihat tidak mampu mengawal menteri kabinet beliau sendiri.

Malah indeks pencapaian menteri kabinet untuk tempoh 100 hari pertama, dilihat hanyalah sebagai sandiwara untuk membodohkan rakyat.

Dengan rekod pencapaian yang begitu buruk, terdedah rupa-rupanya selera Ismail Sabri untuk menjadi perdana menteri semula begitu berkobar-kobar.

Dalam temubual, beliau menyalahkan pula kepimpinan UMNO yang melantik beliau sebagai ‘poster boy’ PRU 15.

Kononnya kuasa beliau sebagai ‘poster boy’ tidak diberikan dan muka beliau hanyalah sebagai tempelan pada poster PRU 15.

Malah beliau akui, pengkhianat UMNO yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada UMNO adalah sekutu beliau.

Antaranya Shahidan Kassim, Annuar Musa, Halimah Saddique dan Salim merupakan calon yang beliau cadangkan untuk bertanding dalam PRU 15.

Tanpa segan silu beliau menyatakan, nama-nama tersebut akan beliau lantik semula sebagai menteri seandainya beliau menjadi perdana menteri.

Apa yang Ismail Sabri lupa, itulah antara nama-nama barisan menteri yang gagal di era PN dan di era beliau.

Sangat jelas bagi penulis, Ismail Sabri menggunakan UMNO sebagai alat untuk menjadi perdana menteri dan bukannya untuk perjuangan agama dan bangsa.

 

Akhirnya Ismail Sabri Akui Pengkhianat UMNO Adalah Sekutu Beliau

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker