Pendaki hilang ketika menyeberang Sungai Tanum ditemukan lemas

Pendaki hilang ketika menyeberang Sungai Tanum ditemukan lemas

Pendaki hilang ketika menyeberang Sungai Tanum ditemukan lemas
Pendaki yang hilang ketika menyeberangi Sungai Tanum semasa menuruni Gunung Tahan semalam, ditemui mati lemas, hari ini. – NSTP/Amir Hamzah Nordin

LIPIS: Pendaki yang hilang ketika menyeberangi Sungai Tanum semasa menuruni Gunung Tahan semalam, ditemui mati lemas hari ini.

Mayat Haniff Harun, 47, dari Kampung Paloh Haji Daud, Kuala Terengganu, ditemukan kira-kira 300 meter dari tempat dia jatuh sebelum dihanyutkan arus, pada jam 11.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata pasukan penyelamat pelbagai agensi yang meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mulai jam 8 pagi menjumpai mangsa tersangkut dalam sungai.

“Kumpulan pencarian terbahagi kepada tiga, iaitu pencarian di tebing sepanjang sungai, pencarian dari Kuala Juram ke hilir sungai dan kumpulan yang menggunakan bot menyusuri sungai itu,” katanya melalui satu kenyataan, hari ini.

Katanya, jarak tempat kejadian dari Kuala Juram, kira-kira tiga kilometer dengan kelebaran sungai 20 meter.

Menurutnya, lebih 20 anggota polis, Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung dan Gua (MOSAR) serta anggota bomba dan penyelamat, selain agensi lain terbabit SAR itu.

Media sebelum ini melaporkan Haniff bersama sembilan pendaki memulakan pendakian ke Gunung Tahan melalui Merapoh pada 20 Januari lalu dan dijadualkan turun pada Selasa.

Bagaimanapun, cuaca buruk menyebabkan kumpulan itu yang dipandu malim gunung berpatah balik ke Kuala Jarum selain perlu menyeberangi Sungai Tanum.

SAR diaktifkan sejurus maklumat semalam, dengan hanya beg mangsa ditemui berhampiran lokasi kejadian.

Lelaki dikhuatiri lemas ketika berkhemah di Tasik Gubir

 

Pendaki hilang ketika menyeberang Sungai Tanum ditemukan lemas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker