Lebih 900 insiden penganiayaan kanak-kanak direkodkan

TOKYO: Lebih 900 insiden penganiayaan kanak-kanak direkodkan berlaku di kemudahan penjagaan golongan itu di seluruh Jepun antara April hingga Disember tahun lalu.

Malah, 90 kes daripada jumlah itu ditaksirkan sebagai kes penderaan dengan pendedahan itu adalah hasil tinjauan ke atas semua majlis perbandaran dan wilayah di seluruh negara itu yang laporannya diterbitkan, semalam.

Sebanyak 914 daripada 1,492 kes terbabit disahkan sebagai insiden kanak-kanak dianiaya, manakala 90 kes daripada keseluruhan angka itu dikategorikan sebagai penderaan secara fizikal.

Tinjauan dilaksanakan Agensi Kanak-Kanak dan Keluarga itu mengetengahkan pelbagai soalan antaranya sama ada menerima laporan daripada taska mengenai insiden kanak-kanak dianiaya atau didera guru di taska.

Ia antara lain mendedahkan hanya 9.5 peratus daripada majlis perbandaran melaporkan kes penganiayaan kanak-kanak kepada kerajaan tempatan membabitkan 27.8 peratus kes berkaitan penderaan.

Tinjauan itu dibuat susulan kes berprofil tinggi, mengakibatkan tiga guru taska di wilayah Shizuoka ditahan kerana didakwa mendera bayi dalam jagaan mereka secara fizikal dan lisan berulang kali pada Disember 2022.

Antara tindakan guru itu memegang kaki kanak-kanak berusia setahun dalam jagaan secara terbalik, mengugut mereka dengan pisau dan perbuatan kesat lain.

Beberapa kes penderaan di taska mungkin diketahui lebih awal, namun semua kakitangan premis terbabit dipaksa menandatangani perjanjian untuk mendiamkan perkara itu, kata laporan tempatan.

Kes di Shizuoka mendorong kepada pendedahan kes penganiayaan dan penderaan kanak-kanak yang serupa di Jepun.

Rentetan itu, kerajaan memperkenalkan kriteria baharu bagi menyeragamkan kes dianggap sebagai penderaan.

Ini kerana, setiap kemudahan penjagaan kanak-kanak memiliki pertimbangan tersendiri berhubung kes penderaan sebelum ini.

Hasil tinjauan berasingan dijalankan agensi itu di seluruh negara mendapati perbezaan ketara mengenai insiden penganiayaan kanak-kanak dengan 73 peratus kemudahan penjagaan golongan itu mendakwa sifar kes sedemikian.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker