Lima bas terbakar di Segamat

SEGAMAT: Lima bas musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Kejuruteraan 1, Kawasan Perindustrian Segamat, di sini, malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba Muhd Hazim Abd Razak mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pemeriksaan selepas kejadian mendapati empat daripada lima bas berkenaan disahkan terbakar 90 peratus manakala satu lagi 30 peratus.



“Kebakaran dapat dikawal dalam masa kira-kira setengah jam dan insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhd Hazim berkata pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran berkenaan pada jam 7.10 malam.

Katanya, seramai 16 anggota dari BBP Bandar Baru Segamat dan BBP Segamat dibantu dua jentera `fire rescue tender’ (FRT) serta masing-masing sebuah lori tangki dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan



manakala operasi terbabit tamat sepenuhnya pada jam 9.41 malam,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button