Perbezaan Cuti Sakit DS Najib Dengan Cuti Sakit Zeti

Perbezaan Cuti Sakit DS Najib Dengan Cuti Sakit Zeti

Perbezaan Cuti Sakit DS Najib Dengan Cuti Sakit Zeti

Penulis tertarik dengan tulisan dari seorang rakan yang bertajuk ‘Hakim Mahu Doktor Jawab Cuti Sakit Najib?’.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/05/11/hakim-mahu-doktor-jawap-cuti-sakit-najib/

Sekiranya benar, agak memeranjatkan apabila hakim perbicaraan kes 1MDB, memanggil doktor yang memberikan cuti sakit kepada DS Najib.

Pada awalnya, DS Najib diberikan cuti sakit selama 2 hari dan telah ditahan di hospital untuk diberikan rawatan lanjut.

Namun doktor yang merawat DS Najib dikatakan berpendapat DS Najib masih lagi tidak sihat, maka beliau diberikan tambahan cuti sakit selama 2 hari.

Hakim perbicaraan kes 1MDB dikatakan telah memanggil doktor berkenaan untuk mendapatkan penjelasan mengapa DS Najib diberikan tambahan cuti sakit selama 2 hari.

Sama ada doktor berkenaan benar-benar dipanggil atau tidak, penulis tidak dapat mengesahkannya.

Namun, sekiranya benar, ianya amat memeranjatkan.

Antara saksi utama dalam perbicaraan kes 1MDB adalah mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Akhtar Aziz.

4 bulan yang lepas, Zeti telah diarahkan oleh mahkamah oleh hakim yang sama untuk memberi keterangan dalam kes 1MDB.

Tetapi hingga ke hari ini, Zeti masih lagi belum hadir untuk memberi keterangan di mahkamah.

Sudah lebih 120 hari Zeti dikatakan mendapat cuti sakit dan pihak mahkamah dilihat seolah-olah ‘merestui’ cuti sakit Zeti.

Malah dalam masa cuti sakit, Zeti juga dilihat telah menghadiri beberapa majlis dan dilihat bergembira.

Tetapi tidak ada keraguan langsung pada hakim perbicaraan yang sama terhadap cuti sakit Zeti yang telah mencatat rekod dunia.

Tetapi DS Najib yang hanya diberikan tambahan cuti sakit selama 2 hari, sudah dipersoalkan keperluan cuti sakit tambahan tersebut.

Beza yang paling ketara antara cuti sakit DS Najib dan Zeti adalah, DS Najib diberikan cuti sakit dan beliau telah ditahan di hospital untuk rawatan lanjut.

Tetapi Zeti menikmati cuti sakit dengan bebas ke sana, ke sini untuk menghadiri beberapa majlis.

 

Perbezaan Cuti Sakit DS Najib Dengan Cuti Sakit Zeti

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker