Alicia Amin Didakwa Bercinta Dengan Amir Ahnaf?
Pelakon dan supermodel terkenal, Alicia Amin menafikan dakwaan dirinya sedang berkenalan rapat dengan aktor, Amir Ahnaf.
Ketika ditemui Oh Bulan!, Alicia atau nama lengkapnya Raja Alicia Raja Amin, 27, berkata, khabar angin tersebut adalah tidak benar. Malah, dia sama sekali tidak pernah bertemu dengan aktor berkenaan.
Saya tidak pernah bercakap dengan Amir pun. Gossip itu tidak benar sama sekali.
Malah, saya tidak pernah pun berjumpa dengan dia. Yang saya pernah jumpa kawan-kawan Amir iaitu Mierul Aiman dan Nadhir Nassar.
Alicia berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35) yang diadakan di stesen KTM, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Pertama kali tercalon ABP
Pada majlis itu, Alicia turut diumumkan sebagai 20 calon yang memberi saingan dalam kategori Aktres Filem Wanita Popular dan Couple Filem Popular menerusi filem The Disappearance Of Irdina Adhwa hasil gandingan bersama Syazuwan Hassan.
Mengulas mengenai pencalonan tersebut, Alicia mengakui diri masih baharu di dalam industri dan perlu bersaing dengan barisan aktres yang lebih ternama.
Saya rasa masih tak popular sebab bila becerita tentang populariti seseorang artis itu perlu rajin buat posting, minta peminat undi. Macam kempen untuk pilihan raya.
Saya tiada perkara itu sebabnya saya sekarang ini lebih fokus dengan kerja-kerja peribadi yang sedang dilakukan.
Sekiranya saya ada masa pun, mungkin saya tidak akan dapat raih undi yang banyak sama dengan artis-artis, itu yang saya maksudkan dengan pertandingan populariti.
Bagaimanapun, Alicia tetap meluahkan rasa syukur apabila kerja kerasnya sebagai seorang aktres terbalas selain ingin memperbaiki kualiti lakonannya kelak.
Saya sangat berterima kasih dan dalam masa bersyukur sebab hasil kerja saya berlakon filem terbalas.
Masa awal-awal kemunculan berlakon ramai kritikan kata saya kayu dan tidak pandai berlakon, pada saya itu normal sebab masa awal modelling pun tidak pandai waktu itu.
Walaupun lakonan saya masih boleh diperbaiki, setidak-tidaknya ada hasil yang seronok untuk diceritakan dan nampak.
Saya akan sentiasa perbaiki diri saya untuk menjadi lebih baik dan saya juga akan mendapatkan didikan daripada pelakon yang veteran untuk mengajar saya.
Untuk rekod, Alicia pernah mendirikan rumah tangga dengan doktor perubatan bernama Farzan Iqbal pada Februari tahun lalu, bagaimanapun pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.
Pada awal Mac lalu, Alicia mengesahkan sudah bercerai talak satu dan keputusan itu terjadi selepas melakukan perbincangan secara baik selain memutuskan untuk menjadi kawan sahaja.
Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) kembali untuk edisi ke-35 dengan mengangkat tema Ekspresi Legasi Seni.
Sumber : duriankampong