Ibu lakukan amang seksual terhadap anak lelaki didakwa bulan ini

KUALA SELANGOR: Wanita yang ditahan susulan dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya yang berusia 14 tahun akan didakwa bulan ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata siasatan terhadap suspek berusia 33 tahun itu telah dilengkapkan dan pihaknya mendapat arahan untuk menuduh wanita berkenaan.

“Kita akan mengambil tindakan pendakwaan dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 selepas tamat reman suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh,” katanya selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor dan Dewan Undangan Bukit Melawati, semalam.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita direman lima hari bermula 3 Mei bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun.

Wanita itu ditahan di kediamannya di Puncak Alam, Kuala Selangor, pada 2 Mei lalu selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendapat maklumat mengenai perbuatan itu menerusi sebuah video yang diperoleh daripada individu tidak dikenali.

BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker