REKOD BARU TERCIPTA!

Phnom Penh : Pasukan e-sukan negara melaungkan amaran pingat emas bakal di cabar. Ini adalah kali pertama Malaysia mencipta sejarah berjaya ke grand final di kejohanan mempertandingkan MLBB di peringkat antarabangsa.
Buruan Emas menjadi nyata, ianya bukanlah satu pertempuran yang mudah untuk wira negara akan tetapi mereka berjaya melakukannya dengan cemerlang!
Wira negara berjaya mendapatkan kemenangan yang cukup manis buat Malaysia. Dengan permainan yang cukup mendebarkan, semangat kental dari setiap pemain negara, menunjukkan bahawa mereka ingin membawa Malaysia ke aras yang baharu!
Kali terakhir mereka melangkah jauh adalah di Sukan SEA ke-30 yang mana mereka berjaya meraih Gangsa dan pencapaian Todak di kejohanan dunia MLBB, M1 diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur di tempat ketiga.
Kali ini, mereka berjaya memintas rekod Sukan SEA ke-31 yang lalu di mana mereka hanya berpuas hati di tempat keempat. Semoga berjaya di pusingan penentuan emas esok!
Foto: MOONTON Games

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker