Bapa Syukur Anak Akhirnya Kembali Ke Pangkuan Keluarga ( Video)

Semalam, seorang bapa meluahkan rasa bimbang selepas anak gadisnya dipercayai lari dari rumah tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri termasuk telefon bimbit.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook, Amirul Rizal Ahmad Termizi memberitahu kali terakhir anak gadisnya, Amira Balqis dilihat adalah di sekitar Subang Jaya SS19.

Tambah Amirul Rizal lagi, ini merupakan kali pertama insiden seperti ini berlaku dalam keluarganya. Lebih. menyukarkan usaha pencarian apabila anak gadisnya yang berusia 17 tahun itu tidak membawa bersama telefon bimbit dan kad pengenalan diri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar gadis itu dilembutkan hati untuk pulang ke pangkuan keluarga. Tidak kurang juga ada yang memberi cadangan supaya Amirul menghubungi rakan sekolah anak gadisnya itu kemungkinan mereka tahu di mana keberadaannya.

Sebentar tadi menerusi perkongsian terbaharu, Amirul meluahkan rasa syukur kerana anak gadisnya itu akhirnya telah selamat pulang ke rumah. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan serta mengambil berat berhubung perkara terbabit.

Video

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker