Juventus belum mengalah – Allegri

TURIN, ITALY – OCTOBER 22: Federico Chiesa, Massimiliano Allegri of Juventus during a training session at JTC on October 22, 2022 in Turin, Italy. (Photo by Daniele Badolato – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images)

Lisbon: Pengurus Juventus, Massimiliano Allegri berkata, dia belum mengalah untuk memburu tempat ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL) apabila menentang Benfica dalam Kumpulan H, awal pagi esok.

Anak buah Allegri mesti menundukkan Benfica dan Paris St Germain untuk menghidupkan peluang mara ke peringkat seterusnya, tetapi nasib mereka bukan di tangan sendiri apabila ketinggalan lima mata di belakang kedua-dua pasukan itu yang akan menentang kelab tercorot, Maccabi Haifa.

“Kami belum tersingkir atau layak ke pusingan 16 terbaik dan tidak pasti sama ada akan bersaing di Liga Europa, tetapi keputusan esok akan menentukan segala-galanya. Ia tidak terletak di tangan kami, tetapi apa saja kemungkinan boleh berlaku,” katanya kepada media.

“Kami mesti menang untuk terus bersaing. Benfica adalah pasukan yang menentukan masa depan sendiri. Mereka antara pasukan tidak tewas di Eropah bersama-sama Napoli, Paris St Germain dan Real Madrid. Malah, keinginan mereka tinggi di depan penyokong sendiri dan kami sedar hakikat itu.”

Benfica yang akan mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik sekiranya menang sebelum ini bangkit untuk menang 2-1 di Juventus pada perlawanan pertama, 15 September lalu menerusi jaringan Joao Mario dan David Neres, selepas gergasi itu berada di depan pada minit keempat menerusi jaringan Arkadiusz Milik.

“Kami perlu bermain dengan aksi baik seperti di tempat sendiri, tetapi meningkatkan penguasaan dan intensiti,” kata Allegri.

“Kami tidak bermula dengan buruk dan akan berusaha untuk menang dengan kelebihan dua gol walaupun sedar mereka pasukan kuat.”

Juve menang dua perlawanan Serie A berturut-turut buat kali pertama musim ini apabila menewaskan Empoli 4-0 di tempat sendiri pada Jumaat lalu selepas mengatasi Torino 1-0 di tempat lawan pada minggu sebelumnya.

“Dalam dua perlawanan terakhir, kami bermain dengan sikap yang betul dan tidak selalunya berlaku. Detik ajaib itu tidak sepatutnya terhenti dan saya yakin kami memiliki segala-galanya diperlukan untuk bermain dengan baik,” kata Allegri.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker