Bodoh sombong atau sombong bongkak, Sanusi jadi bahan jenaka

Oleh Nurul Aisyah

Kedah Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

PESAN orang tua-tua, biar bodoh jangan bodoh tapi sombong. Jangan sesekali bodoh sombong kerana ianya memalukan diri sendiri. Begitu juga, sikap sombong bongkak jangan kita amalkan kerana roda itu bulat. Kitaran hidup kita tidak tahu akan berada di mana. Semuanya rahsia Allah s.w.t.

Sikap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor yang kerap membuat kenyataan provokasi dilihat sebagai bodoh, angkuh dan sombong.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan persekutuan menyambut baik kesediaan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob untuk berunding bagi menyelesaikan isu air di negeri itu.



Dalam masa yang sama Anwar membandingkan sikap buruk Sanusi yang ‘angkuh, sombong dan hanya pandai cakap berkobar-kobar’.

Pada April 2023, Sanusi berkata terdapat usaha untuk menamakan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Norizan Khazali sebagai penggantinya dalam Majlis Kewangan Negara. Menteri Besar itu mendakwa gerakan tersebut dilakukan akibat kelantangannya mengkritik Kerajaan Persekutuan. Bagaimanapun, Sanusi mengakui tidak mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan itu kerana gerakan berkenaan belum menjadi realiti. Kenyataan Sanusi itu hanya menimbulkan syak wasangka antara pemimpin dan seolah-olah tidak mempercayai sebarang keputusan yang akan dibuat oleh Sultan Kedah.

Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN) menuduh penganjuran majlis rumah terbuka anjuran Kerajaan Persekutuan sebagai kempen PRN. Katanya, langkah mengadakan majlis secara besar-besaran itu dilihat bertentangan dengan pendirian Kerajaan Persekutuan yang sebelum ini memberikan mesej mengenai keperluan untuk menjimatkan perbelanjaan.

Tindakan Sanusi itu menunjukkan pemimpin berkenaan berada dalam situasi tidak selesa apabila majlis berkenaan diadakan. Hakikatnya rumah terbuka ke akar umbi lagi wajar diadakan kerana ia memberi peluang rakyat di negeri lain turut merasa. Selama ini hanya penduduk Putrajaya sahaja merasa kemeriahan rumah terbuka kerajaan Persekutuan.



Itu antara kenyataan bodoh, sombong dan angkuh Sanusi pada April 2023. Bayangkan dalam setahun berapa banyak kenyataan-kenyataan beliau yang jadi bahan jenaka rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button