Islam Memimpin bukan di pimpin , kata Ustaz PAS , tapi PAS serah jawatan Ketua kepada Bersatu.

Apa sebenar nya hasrat dan kehendak PAS berpolitik?

Setelah menjadikan parti UMNO sebagai alat contoh konon nya orang Islam UMNO tidak juang Islam,  Kenapa pula apabila PAS diberi kemenangan pada PRU15 PAS tidak mahu bertanggung jawab memimpin Perikatan Nasional dan menyerah kepada Parti Bersatu yang tidak juang Islam semacam parti PAS menjadi ketua PN?

Parti Bersatu ada lah saki baki orang UMNO dan sangat sangat meniru UMNO baik dari segi pakaian,struktur parti , malah apabila tubuh gabungan pun mahu meniru Barisan Nasional UMNO dan warna nya.

Kenapa PAS tidak mahu tunjuk bakat menjadi pemimpin diperingkat pusat sebagai ketua pembangkan terlebih dulu.

Rakyat hendak juga tengok bakat pemimpin PAS berhujah tentang ekonomi negara. Infrastruktur negara dan industri negara?

Menjaga negeri tidak sama seperti menjaga negara.

Itu pun PAS gagal menyerlah di peringkat negeri , menang kerusi  banyak bukan sebab kejayaan PAS mentadbir tetapi lebih sebab PAS berjaya pengaruhi dan juga sebab sikap ‘parochal’ pengundi.

Isu air sudah puluh tahun pun PAS masih banyak alasan dan banyak menuding jari kepada pihak lain.

Rakyat negeri hendak tahu apa cara PAS hendak selesaikan nya dan bukan apa alasan nya.

Ternyata , PAS tidak ada pengetahuan tentang hal ehwal negara , maka atas sebab itu menyerah tanggung jawab menjadi pembangkang kepada Parti Bersatu.

Benar lah agak nya  , kemahiran PAS sekadar berceramah dan memetik metik ayat Quran tetapi tidak mempraktik kan nya.

Seorang penceramah PAS ada menyatakan “Islam itu memimpin dan bukan dipimpin” namun hakikat nya PAS serah kepada Bersatu dan terkini kepada Mahathir untuk memimpin PAS.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker