UMNO Penyelamat Negara

Ahli Majlis Kerja Tinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan Projek PPR di Masai.

PASIR GUDANG: UMNO merupakan ‘penyelamat’ ketika negara dan masyarakat menghadapi pelbagai krisis berpunca pandemik Covid-19.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ia dapat dibuktikan apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang, UMNO muncul dan kemudian menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat.

Beliau mendakwa, UMNO hadir dalam keadaan kritikal dan PH yang menjadi kerajaan sebelum itu gagal mengambil langkah sesuai bagi mengatasi permasalahan berlaku.

“Sebenarnya, UMNO dilihat sebagai penstabil, bila runtuh kerajaan PH dahulu, itu dibuat oleh mereka sendiri.

“Bila sebahagian mereka keluar, yang menjadi penstabil adalah UMNO dan tampil kedepan apabila dalam keadaan situasi Covid-19, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke depan.

“Menteri yang diberi tanggungjawab jaga kesihatan dan vaksinasi, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin, malahan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut membantu mendapatkan sumbangan vaksinasi dari Arab Saudi, semua itu adalah menteri UMNO,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kerajaan berkata demikian
di sidang media selepas melakukan tinjauan ke Program Perumahan Rakyat (PPR) Masai, di sini hari ini.

Hadir sama, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Normala Abdul Samad.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker