Pretasi kewangan era Najib dari sudut rizab dan aset sungguh hebat , lihat fakta nya
Oleh Adam Malik
Jika seseorang mendengar kata kata Tun Mahathir berkenaan banyak perkara , beliau amat jarang sekali memetik sumber dan rujukan mana mana jabatan atau laporan.
Ini kerana Mahathir masih merasakan rakyat boleh dipedaya seperti era dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
Atas sebab itu ramai menjadi mangsa penipuan Mahathir seperti negara muflis.
Akhir nya apabila Barisan Nasional sudah tumbang barulah rakyat sedar negara ada beratus bilion yang dibelanjakan oleh Muhyiddin Yassin dan Mahathir sendiri belanja RM30 bilion untuk kroni nya Teh Pek Khing untuk projek di Langkawi.
Hasil kerja dan usaha Najib prestasi ekonomi negara melonjak dan naik dengan mendadak serta bersama pamiran fakta yang boleh diperolehi dari jabatan jabatan kerajaan.
Kami petik dari laman Fb Bossku dan juga Fb Lim Sian See untuk rujukan semua pihak dibawah ini.
Prestasi rizab dan aset utama kerajaan – KWAP, KWAN, Petronas dan Khazanah Nasional.
1) Tabung KWAP
2008-2017: Naik RM88.8b dari RM52.04b ke RM140.8b
2017-2022: Naik RM34.3b dari RM140.8b ke RM175b
CAGR 11.69% (2008-2017) berbanding 4.44% (2017-2022)
2) Tabung KWAN
2008-2017: Naik RM11.36b dari RM4.43b ke RM15.79b
2017-2021: Naik RM0.15b dari RM15.79b ke RM15.94b
CAGR 15.17% (2008-2017) berbanding 0.24% (2017-2021)
*data KWAN bagi tahun 2022 belum diumum kerajaan
3) Nilai aset bersih Petronas
2008-2017: Naik RM188.1b dari RM201.7b ke RM389.8b
2017-2022: Naik RM11.8b dari RM389.8b ke RM401.6b
CAGR 7.60% (2008-2017) berbanding 0.60% (2017-2022)
4) Nilai aset bersih Khazanah Nasional
2008-2017: Naik RM84b dari RM32b ke RM116b
2017-2022: Turun RM35b dari RM116b ke RM81b
CAGR 15.35% (2008-2017) berbanding negatif 6.86% (2017-2022)
CAGR = Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun.