Snuker, billiards perlu lebih banyak sokongan

 

KUALA LUMPUR: Atlet snuker negara meraih nasib yang berbeza di Sukan SEA Kemboja namun masih banyak lagi kerja bagi memastikan sukan itu terus memiliki masa depan yang cerah.

Skuad snuker negara menghadiahkan dua pingat emas menerusi acara perseorangan snuker, Thor Chuan Leong dan Moh Keen Hoo dalam acara perseorangan snuker 6-red.



Lim Kok Leong and Keen Hoo memenangi pingat perak dalam ‘snooker doubles’ sementara gandingan Darryl Chia-Muhammad Almie Yakup merakam pencapaian sama dalam ‘9-ball pool doubles’ lelaki.

Kok Leong juga perlu berpuas hati dengan pingat perak acara perseorangan snuker dan ‘6-Red doubles’ snuker bersama Keen Hoo.

Secara keseluruhan, ia dianggap pencapaian yang baik selepas mereka memperbaiki kutipan satu emas, satu perak dan dua gangsa daripada temasya di Hanpi.

Presiden Snuker dan Billiards Malaysia (MSBF), Melvin Chia berkata sukan terbabit sentiasa memberikan pencapaian cemerlang namun mereka perlu membangunkan bakat baru untuk masa akan datang.



“Kita sudah buktikan bahawa pemain kita berbakat dan kita ramai pemain berbakat. Cuma sukan ini kurang mendapat sokongan dan saya perlu merayu bagi mendapatkan dana buat atlet,” kata Melvin.

“Kita ada atlet yang berpotensi tetapi kita tidak mendapat tajaan kerana imej sukan ini yang dilihat tidak selari dengan imej korporat syarikat.

“Kita bergantung dengan dana Majlis Sukan Negara (MSN) dan jika mereka tidak memberi sokongan, kita akan bergelut untuk membangunkan pemain bagi masa akan datang.

“Pemain beraksi dengan baik sekarang dan mereka boleh beraksi lima hingga lapan tahun lagi. Tetapi kami perlu memulakan program kerana kalau ia tidak dilakukan, kita berdepan masalah.



“Situasi ini sama seperti ketika Sam Choong tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik..hanya lima tahun selepas itu kita berjaya mendapatkan hasil menerusi Thor Chuan Leong dan Moh Keen Hoo.

“Kami harap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan MSN dapat melihat perkara ini dan membantu kami mendedahkan pemain muda kepada pertandingan antarabangsa untuk dibangunkan sebagai prospek pingat emas.”

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button