Pejabat KPN Sudah Sedia Menanti Ayob Khan

Pejabat KPN Sudah Sedia Menanti Ayob Khan

Pejabat KPN Sudah Sedia Menanti Ayob Khan

Hari Selasa (20 Jun 2023) yang lepas, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution, sudah menghadap YDP Agong untuk menyerahkan nama yang dicadangkan untuk dilantik sebagai KPN dan TKPN.

Ianya berikutan keputusan Ketua Polis Negara (KPN), Acryl Sani, untuk bersara awal pada hari ini tanpa menunggu tempoh kontrak beliau tamat.

Penulis mengucapkan selamat bersara kepada beliau dan berterima kasih atas khidmat beliau selama berada dalam PDRM.

Secara tradisinya, Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN), Razarudin Husain, akan dilantik sebagai KPN apabila ada kekosongan.

Yang menjadi perhatian sekarang ialah, siapakah yang akan dilantik sebagai TPKN yang dikosongkan oleh Razarudin?

Antara calon TPKN yang disebut-sebut akan dilantik sebagai TKPN adalah Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Ayob Khan.

Malah ada perkhabaran dari Bukit Aman yang mengatakan, pejabat KPN di Bukit Aman sudah bersedia untuk ‘menyambut’ Ayob Khan.

Razarudin dikatakan akan dilantik secara kontrak kerana umur beliau sudah melebihi dari umur persaraan wajib.

Kerajaan juga dikatakan akan melantik beliau dengan jangkawaktu kontrak yang tidak panjang.

Mungkin setahun atau lebih singkat dari itu.

Selepas itu, Ayob Khan dikatakan akan dilantik sebagai KPN yang baharu.

Ianya selaras dengan perlantikan DYMM Sultan Johor sebagai YDP Agong mulai tahun hadapan.

Sudah diketahui umum, baginda Sultan Johor sememangnya menghormati ketegasan dan sikap profesional Ayob Khan semasa beliau menjadi KP Johor.

Sekiranya apa yang dikatakan benar, penulis mengucapkan tahniah kepada Ayob Khan.

Semuga Malaysia akan lebih aman dengan kepimpinan baharu PDRM yang lebih profesional, berkredibiliti dan berintegriti.

 

Pejabat KPN Sudah Sedia Menanti Ayob Khan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker