Cat Farish, Shikin Maembong nikah?

KUALA LUMPUR: Ramai tahu penyanyi, Cat Farish sedang hangat menjalin cinta bersama kakak pelakon, Emma Maembong, iaitu Shikin Maembong.

Terbaharu, pasangan ini sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik rakaman video aksi ala filem Wes Anderson di Instagram (IG).

“Di sebalik ‘reels’ ada makna, duk pandang-pandang, duk jeling, duk pi mana pun tang tu juga… Tang mana tu?

“Tunggu nak halalkan saja. Insya-Allah, doa-doa yang baik,” tulis Cat ringkas.

Namun, di sebalik perkongsian video berkenaan, ada makna tersembunyi yang pasangan ini mahu kongsi kepada pengikut.

Ternyata, perkongsian Cat itu menjadi persoalan kepada pengikut. Lebih mengejutkan, ada antara mereka mendakwa Cat dan Shikin bakal disatukan dalam masa terdekat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan peminat mula berteka-teki adakah pasangan terbabit bakal bernikah, tidak lama lagi.

Malah, ramai yang mendoakan agar urusan Cat dan Shikin dipermudahkan.

“15 Mei ke nak nikah sudah? Moga dipermudahkan,” kata seorang netizen.

Sebelum ini, Cat mendirikan rumah tangga dengan Suriani Hassan, 37, pada November 2020 tetapi bercerai, Januari lalu, tanpa cahaya mata.

Cat juga pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli, namun, berpisah pada April 2016. Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.

Sementara itu, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014, tetapi bercerai pada Jun 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna.

Shikin kemudian berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020, namun, berpisah selepas dua tahun.

XTRA.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker