Kanak – kanak tertinggal di kedai makan. Ibu ke Kelantan ayah ke KL

Raub – PDRM Raub telah terima (1) maklumat daripada orang awam berkenaan terdapat seorang kanak-kanak lelaki ditinggalkan di kedai makan No.1, Medan Selera Simpang Kallang, Raub, Pahang.
Kanak-kanak tersebut yang berumur 6 tahun telah dibawa ke Balai Polis Raub dan waris berjaya dihubungi.
Kanak-kanak tersebut dipercayai dibawa oleh keluarganya makan di kedai makan tersebut dan kemudian ibunya bergerak ke arah Kelantan manakala bapanya ke arah Kuala Lumpur. Ibunya menjangka kanak-kanak terbabit berada bersama bapanya, manakala bapanya menyangka kanak-kanak tersebut berada bersama ibunya.
Namun begitu, bapanya telah berjaya dihubungi dan kembali mendapatkan kanak-kanak tersebut di Balai Polis Raub.
Pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa menjaga anak-anak dan pastikan anak anda sentiasa berada dalam jagaan anda dengan baik agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Facebook : PDRM Raub

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker