PRK Kemaman, untung sabut atau untung batu buat BN?

Oleh – Bakhtiar Omar


PRK Kemaman, untung sabut atau untung batu buat BN?
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA

PRK Kemaman akan diadakan pada 2 Disember 2023 berikutan pembatalan keputusan PRU15 oleh Mahkamah Pilihan Raya Terengganu. Samada untung sabut atau untung batu buat Barisan Nasional, segalanya bergantung kepada kepimpinan tertinggi BN.

Parlimen P040 Kemaman dimenangi Che Alias Hamid mewakili PAS-Perikatan Nasional dengan majoriti 27,179 undi pada PRU15.



Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh turut memaklumkan, tarikh penamaan calon pula pada 18 November ini, manakala undi awal ditetapkan pada 28 November 2023. “Sejumlah 141,790 pemilih terlibat dengan peruntukan kos kira-kira sebanyak 3.5 juta,” katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK Parlimen Kemaman di sini hari ini. – Pengerusi SPR

Beliau memperolehi undi sebanyak 65,714 undi menewaskan saingan terdekat, Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi.

Jurang undi yang boleh dikategorikan sebagai sangat besar ini memberi isyarat jelas Ahmad Said sudah tidak relevan untuk diangkat semula menjadi calon pada PRK Kemaman.

Dengan 4 DUN, Kemasik, Kijal, Chukai, Air Putih yang dikuasai sepenuhnya Perikatan Nasional-PAS, Barisan Nasional perlu memikirkan soal calon yang sesuai untuk ditampilkan.



PRK Parlimen Kemaman diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu, membatalkan kemenangan Che Alias Hamid yang mewakili Pas setelah pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).- SPR

Pelbagai faktor perlu diambil kira BN untuk kembali merampas kerusi Kemaman sejak Pilihan Raya pertama pada 1959 sehinggalah diragut pada 1999. Kerusi tersebut kembali kepada BN apabila Ahmad Shabery Cheek bertanding pada 2014. Beliau tewas pada 2018 di tangan Che Alias Hamid.

LETAK CALON ‘DINASOR’, BN TEMPAH KEKALAHAN AWAL

PRK Kemaman, untung sabut atau untung batu buat BN?

Faktor ‘angin perubahan’ pada PRN baru-baru ini pasti memberi kesan yang bukan kecil kepada BN. Apatah lagi jika BN terus menampilkan calon yang boleh dikategorikan sebagai ‘Dinasor’.



Cuma timbul kemusykilan kalangan rakyat yang tertanya, jika telah disahkan berlaku perbuatan rasuah, tidakkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan mendakwa pelaku tersebut?

Jika hanya mengesahkan berlaku rasuah dan diikuti Pilihan Raya Kecil, adakah pelaku bebas dari kesalahan melakukan rasuah?

Faktor yang perlu diambil kira dalam PRK Kemaman –

  • Pengundi Melayu – 94.1%
  • Pengundi Cina – 5%
  • Pengundi India 0.5%
  • Lain-lain Kaum – 0.4%
  • Jumlah Penduduk (2020) – 215,582
  • Jumlah Pengundi 2023 (Wikpedia) – 140,548
  • Jumlah Pengundi 2023 (SPR) – 141,790

PRK Kemaman, untung sabut atau untung batu buat BN?



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button