Pagi kerajaan lain petang kerajaan lain , RUU untuk apa?

Oleh Adam Malik

Nampak nya negara berterusan bergolak dan pelabur terus jauhkan diri .

Apa tidak nya jika negara bertukar Perdana Menteri dan bertukar kerajaan 24 jam.



Tiada lain yang diceritakan oleh ahli politik melainkan politik bagaimana hendak tujar kerajaan.

Semalam tersebar pula mainan tentera siber upahan pihak tertentu konon nya kerajaan akan bertukar disesi Parlimen akan datang.

Mainan saiko konon jika undi ahli Parlimen itu rahsia , maka pasti kerajaan akan bertukar.



Pesoalan nya untuk apa?

Upah hendak jadi Menteri? Timbalan Menteri untuk yang sedia sudah ada jawatan,  maka jika bertukar hendak jadi Menteri apa lagi?

Itu belum lagi yang baru join kerajaan yang baru naik, mereka pun hendak jawatan juga.

Lalu , Bagai mana hendak ‘accommodate’ yang baru join melompat dengan yang sekarang sudah pun ada jawatan?



Berapa banyk jawatan yang hendak dicipta, tambah lagi yang sedia sudah ada jawatan hendak apa lagi dari kerajaan baru yang disokong?

Selain itu , apa guna Rang Undang Undang lompat parti , jika ahli Parlimen boleh tukar parti cara mengundi dan mengundi lain dari pendirian parti?

Jika ia berlaku di Parlimen bermakna Parlimen telah melanggar akta RUU yang Parlimen sendiri luluskan.

Bermakna RUU lompat parti di Parlimen telah di ‘abuse’ (cabul) oleh Parlimen juga.



RUU di cipta supaya kerajaan yang dipiih kekal dan stabil.

Jika ada ‘loophole’ untuk diguna bagi menukar kerajaan maka, apa manfaat RUU?

Sebenar nya ini semua hanya mainan pihak tersepit yang sedang disiasat.

Dengan mengacah akan bertukar kerajaan maka perasaan ‘gerun’ telah berjaya dihantar kepada lawan dan pihak yang sedang membuat siasatan.



Mesej nya “Jangan siasat atau dakwa kami” kerana jika kerajaan bertukar siap lah kamu”

Dalam hal ini semua jari tertuding kepada beberapa individu dibelakang permainan ini.

Hampir semua yang peka politik sudah boleh meneka siapa kah pakar dan dalang  dalam hal tukar kerajaan.

Tiada lain , dia sahaja lah orang nya.



Walaupun sembunyi belakang tirai.

Rakyat akan terus menjadi mangsa kerajaan tidak stabil dan gagal uruskan rencana membantu, apa tidak nya, pagi kerajaan lain , petang kerajaan lain.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button