Serangan Israel bunuh anggota Hizbullah

Serangan Israel bunuh anggota Hizbullah

Serangan Israel bunuh anggota Hizbullah
KERETA kebal Israel dilihat berhampiran dengan sempadan Lubnan. FOTO Reuters

Beirut: Serangan Israel ke atas Lubnan membunuh tiga anggota Hizbullah pada Isnin, kata kumpulan yang disokong Iran itu.

Kenyataan dikeluarkan Hizbullah itu ketika ketegangan meningkat selepas pejuang Palestin didakwa cuba menyusup masuk ke negara haram Israel dari Lubnan.

Peningkatan konflik di sempadan utara Israel dengan Lubnan berlaku dua hari selepas pejuang Hamas melancarkan serangan pelbagai serampang yang tidak pernah berlaku sebelum ini di selatan Israel.



Hizbullah mengeluarkan tiga kenyataan berasingan yang mengesahkan kematian anggotanya, kesemua mereka “mati syahid akibat pencerobohan Zionis di selatan Lubnan petang Isnin”, kata kumpulan itu.

Kumpulan itu bertindak balas dengan menyerang dua berek Israel, katanya dalam kenyataan susulan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?


“Hizbullah dalam tindak balas awal, menyerang dua berek Israel menggunakan peluru berpandu dan mortar yang mengenai sasaran secara langsung,” kata Hizbullah dalam kenyataannya.

Amerika Syarikat (AS) pada Isnin memberi amaran kepada kumpulan Syiah supaya tidak membuka satu lagi lembaran dalam perang dengan Israel.



“Kami amat bimbang Hizbullah membuat keputusan yang salah dan memilih untuk membuka barisan kedua kepada konflik ini,” kata seorang pegawai kanan pertahanan AS kepada wartawan.

Sumber Hizbullah sebelum ini memberitahu AFP seorang anggotanya terbunuh dalam serangan Israel ke atas menara pemerhati di selatan Lubnan, berhampiran perkampungan Aita al-Shaab. Jurucakap kumpulan itu mengesahkan kematian itu.

Mortar Israel membedil di luar perkampungan sempadan Rmeish turut mencederakan seorang pegawai Lubnan, kata tentera dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tentera Israel berkata, tenteranya “membunuh beberapa suspek bersenjata” yang menyeberangi sempadan dari Lubnan dan menjelaskan bahawa helikopternya sedang menyerang kawasan itu.

Sayap bersenjata kumpulan Jihad Islam Palestin, yang mendakwa memerangi Israel bersama Hamas berkata, sebelum ini, ia berada di sebalik usaha yang digagalkan untuk menyusup masuk ke Israel dari Lubnan.

“Briged Al-Quds mengaku bertanggungjawab atas operasi petang di sempadan selatan Lubnan,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Datuk Bandar Dhayra, Abdullah al-Gharib berkata Israel membedil kawasan sempadan Lubnan itu.

“Ladang di pinggir kawasan itu mengalami tembakan artileri Israel,” katanya.

Serangan Israel bunuh anggota Hizbullah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker