Polis cari wanita mengasari bayi

Iskandar Puteri: Tindakan seorang wanita dipercayai pengasuh taska swasta di Mutiara Rini, Skudai di sini, yang dilihat mengasari seorang bayi mengundang marah netizen apabila videonya tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi video berdurasi satu minit lapan saat, wanita berkenaan dilihat memukul bayi yang sedang menangis itu dengan menepuk kepala bayi terbabit.

Malah, wanita yang kelihatan marah kerana bayi itu menangis turut meniup muka bayi terbabit sehingga menyebabkan bayi itu seperti sukar bernafas.



Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin mengesahkan ada menerima laporan polis berhubung kes berkenaan.

“Satu laporan polis dibuat orang awam yang menerima satu video di aplikasi WhatsApp, memaparkan seorang wanita yang mengasari seorang bayi.

“Hasil soal siasat mendapati kejadian berlaku di sebuah taska di kawasan Mutiara Rini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, polis masih mengesan suspek bagi tujuan siasatan.



Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta tampil bagi membantu siasatan.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button