Isu Kalimah Allah dan Jill Ireland – Cubaan pihak tersepit cetus kemarahan umat Islam

 

Oleh Adam Malik

Sebenar nya isu Kalimah Allah ini sudah lama selesai dan telah di pendam kan.



Tiba tiba pula Ia muncul Kembali.

Pasti sekali apabila subjek pengunaan Kalimah Allah dibangkitkan sensitiviti umat Islam terganggu dan sambil itu yang bukan Islam juga akan cuba pertahankan isu Kalimah Allah dari pandangan sudut mereka.

Persoalan utama , kenapa ia dibangkit kan dikala , Parti parti politik sedang hebat mencatur kdudukan?

Sambil itu ‘timing’ dibangkitkan pada waktu Tun Mahathir mahu mencari sokongan orang Melayu (Islam) untuk menyertai Proklamasi Melayu nya?



 

 

Isu Kalimah boleh memberi advantage kepada Tun Mahathir kerana beliau boleh menunggang isu itu kerana orang PAS juga sudah ditawan oleh nya.



Ada juga pihak yang telah menulis lebih awal, demi untuk menjayakan Proklamasi Melayu, sesuatu harus di cetus untuk membuat Melayu Islam merasa tidak selamat.

Namun, pendapat ini masih bertaraf ‘andaian’ sahaja.

Apa pun Umat Islam tidak harus melenting kerana persoalan berkenaan Kalimah Allah ini sudah lama selesai.

Sebaik nya Umat Islam merujuk di bawah :- sebagai sedikit maklumat supaya tidak mudah dihasut.



Kalimah ALLAH Ekslusif Untuk Umat Islam di Malaysia Sebagaimana Keputusan Mahkamah Persekutuan 2014

1. Isu larangan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama selain Islam di Malaysia telah dinoktahkan oleh Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh Tan Sri Apandi Ali pada 2013 dan disahkan oleh Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Tun Arifin Zakaria pada 2014 dalam kes Menteri Dalam Negeri v Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur.

Justeru, tiada isu berbangkit bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain dalam konteks Malaysia. Apatah lagi dengan adanya enakmen-enakmen peringkat negeri yang memberi perlindungan terhadap hak ekslusif umat Islam di Malaysia dalam menggunakan kalimah Allah.



2. Adapun isu kes Mahkamah Tinggi melibatkan Jill Ireland mencabar tindakan pegawai kastam yang merampas 8 cakera padat audio pendidikan Kristian daripada Indonesia yang mempunyai kalimah Allah pada tajuknya pada 11 Mei 2008 dengan dakwaan bahawa CD tersebut untuk kegunaan peribadinya, ia tetap tidak akan mengubah hak mutlak orang Islam menggunakan kalimah Allah dalam negara ini sebagaimana disahkan oleh Mahkamah Persekutuan. Malah dalam penghakiman kes Jill Ireland ini Hakim menegaskan beliau tidak akan menyentuh mengenai hak penggunaan kalimah Allah bagi orang Islam yang menjadi kontroversi.

3. Namun begitu, Majlis Ulama UMNO berpendirian bahawa Hakim Mahkamah Tinggi dalam kes Jill Ireland ini telah terkhilaf membuat keputusan dan sangat wajar untuk kes ini diteruskan di peringkat Mahkamah Rayuan. Kita berharap kerajaan melakukan yang terbaik selaras dengan peruntukan undang-undang bagi membetulkan kekhilafan di Mahkamah Tinggi.

Majlis Ulama UMNO
Selasa 16.5.2023



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button