Akhirnya Isham Tunjukkan Siapa Dirinya Yang Sebenar

Akhirnya Isham Tunjukkan Siapa Dirinya Yang Sebenar

Akhirnya Isham Tunjukkan Siapa Dirinya Yang Sebenar

Sama ada kerjaya beliau sebagai penjawat awam atau sebagai ahli politik, Hizatul Isham bin Abdul Jalil (Isham Jalil) banyak bergantung kepada ehsan.

Tanpa ehsan dari beberapa pemimpin, Isham mungkin tidak akan mencapai kedudukan yang telah dinikmati atau sedang dinikmati sekarang ini.

Di era pentadbiran DS Najib sebagai perdana menteri, beliau telah dilantik oleh DS Najib sebagai pegawai khas DS Najib.



DS Najib juga telah melantik beliau sebagai pengarah (Jusa B) di Jabatan Perdana Menteri.

Dan juga pernah berkhidmat di Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

Tidak dinafikan Isham mempunyai kelayakan akademi.

Tetapi tanpa ehsan DS Najib, tidak mungkin beliau boleh berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri.



Dalam politik, karier Isham banyak bergantung kepada ehsan presiden UMNO sekarang, DS Ahmad Zahid Hamidi.

Pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor oleh Noh Omar.

Namun, selepas berlaku pergeseran antara beliau dan Noh Omar, beliau akhirnya dipecat dari jawatan Ketua Penerangan BN Selangor.

Beliau kemudiannya ‘dikutip’ oleh DS Zahid dan dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia selepas dibuang oleh Noh Omar.



Satu-satunya pertandingan yang Isham menang adalah pemilihan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Itu pun selepas beliau memberikan gambaran bahawa beliau berada di dalam kumpulan DS Zahid.

Isham Jalil Penunggang UMNO

Penulis melihat Isham sebagai seorang yang bersifat selepas madu dihisap, perdu diberakkan.

Untuk menempatkan diri di dalam kumpulan DS Zahid, Isham memberikan gambaran bahawa beliau adalah penyokong tegar DS Najib atau orang DS Najib.



Merata-rata Isham mencanangkan keadilan untuk DS Najib.

Tetapi berapa kalikah Isham hadir di mahkamah untuk memberikan sokongan kepada DS Najib?

Berapa kalikah beliau membuat kunjungan ke rumah DS Najib atau berkomunikasi dengan keluarga DS Najib?

Kini, selepas merasakan beliau tidak lagi memerlukan aura DS Najib, beliau mula bersekongkol dengan perancang pemenjaraan DS Najib.



Isham menuduh UMNO menjadi baruah kepada DAP.

Apakah beliau boleh membuktikan dakwaan jahat beliau itu?

Bolehkah beliau memberikan satu contoh bagaimana pemimpin UMNO menjadi baruah kepada DAP?

Isham lupa, tanpa DS Najib, tanpa DS Zahid dan tanpa UMNO, beliau hanyalah salah seorang graduan lulusan Universiti Harvard.



Tidak ada apa yang istimewa dengan kelulusan itu kerana bukan beliau seorang lulusan Harvard di Malaysia.

Ramai lagi lulusan Harvard di Malaysia dan mereka tidak dikenali sebagaimana Isham dikenali.

Janganlah menjadi pengkhianat kepada tangan yang telah mengangkat kita selama ini.

Akhirnya Isham Tunjukkan Siapa Dirinya Yang Sebenar

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button