Nama Watie Kena Petik Dalam Video Fara Mendoza Berseronok Di Kelab Malam?

Baru-baru ini, pelakon Fara Mendoza ada memuat naik satu video di media sosial menunjukkan dirinya serta beberapa rakan wanita sedang berseronok di sebuah kelab malam.

Kalau tengok video berkenaan, kelihatan Fara sedang sakan bergelek bersama rakan-rakannya.

Bagaimanapun, video tersebut meraih perhatian susulan nama usahawan Watie Hanifiah turut terkait dan menjadi bualan warganet. Biar betul?

Melalui ruangan komen, rata-rata berkatakan Watie dulu adalah rakan baik buat pelakon tersebut dan netizen juga mengimbau kembali kehidupan sosial usahawan tersebut.



Dalam pada itu, ramai meluahkan rasa syukur kerana tunang Shuib Sepahtu itu kini sudah berubah ke arah yang lebih baik.

Bukan saja meluahkan rasa syukur, malah netizen turut berharap agar Fara dan rakan-rakannya juga mengikut jejak langkah Watie berubah ke jalan yang benar.

Kredit: Portal Hiburan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker