Khai Bahar Dikecam Netizen?

β€œLagu Makin Tak Best, Cover Lagu Orang Suara Sedap Tapi Lagu Sendiri Hampeh!”

Khai Bahar Dikecam Netizen?

Khai Bahar Dikecam Netizen?
Khai Bahar Dikecam Netizen?

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi kacak kelahiran Perlis ini, Muhammad Khairul bin Baharuddin atau lebih dikenali sebagai Khai Bahar. Selain menyanyi, Khai Bahar juga seorang pelakon dan mempunyai kelab peminat berskala besar di Malaysia dan Indonesia.

Memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila sering melakukan cover lagu-lagu Malaysia dan Indonesia di laman media sosial miliknya. Khai Bahar juga dikenali sebagaiΒ β€˜King of Smule’ apabila sering meluangkan masanya di aplikasi nyanyian tersebut.

Khai Bahar sebelum ini dikaitkan dengan beberapa artis wanita dan pada akhirnya Khai Bahar mengakui bahawa dirinya tidak punya teman istimewa dan bahagia dengan hidupnya bersama peminat-peminatnya.



β€œSuara Sesuai Lagu Yang Macam Dulu Tu”

Baru-baru ini, Khai Bahar mempertaruhkan lagu β€˜Oh Wanita’ di separuh akhir muzik muzik ke 38. Tapi malangnya lagu tersebut tidak mendapat tempat untuk memasuki AJL 38.

Pada video persembahannya yang tular di media sosial facebook itu, netizen mula meninggalkan komen yang kurang enak untuk didengar apabila rata-rata mengecam nyanyiannya itu. Mereka mengatakan aura Khai Bahar serta lagu-lagu terkininya tidak seperti dahulu dan makin tidak sedap untuk di dengar.

β€œDia ni kalau cover lagu orang best, lagu sendiri takde wow sangat.. biasa biasa jer”

β€œApa ke hal lagu dia makin tak best ni”

β€œVocal lari kenapa ehhh”-kata mereka

Khai Bahar Dikecam Netizen?
VIA FACEBOOK

Apa-apa pun, setiap penyanyi pasti akan ada masa naik dan turunnya terutamanya dalam menghasilkan lagu. Mungkin Khai Bahar ingin mencuba sesuatu yang baru seperti lagu-lagu terbarunya ini. Semoga Khai Bahar tidak putus asa untuk menghasilkan karya yang terbaik terutamanya buat peminat-peminatnya.

Khai Bahar Dikecam Netizen?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pegawai Polis Yang Langgar Pelajar Berhadapan Tuduhan Membunuh

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker