Sheikh Jassim tawar tawaran lebih tinggi

Manchester, United Kingdom: Pemilik bank terkemuka Qatar Sheikh Jassim Hamad Al Thani mengemukakan tawaran yang lebih baik dalam usahanya membeli Manchester United dari keluarga Glazer kata sumber yang rapat dengan bidaan itu.

Sheikh Jassim bersaing rapat dengan jutawan Britain Jim Ratcliffe yang muncul sebagai pesaing utama untuk membeli gergasi Liga Perdana itu

Ratcliffe dikatakan mendahului bidaan selepas ia ditutup bulan lalu.



Pengasas syarikat kimia INEOS Ratcliffe, adalah peminat United ketika di zaman kanak-kanak dilaporkan menawarkan pegangan tertinggi ke atas kelab itu kerana ini memilikinya secara majoriti.

Bagaimanapun bidaan yang turut membenarkan pengerusi bersama Avram dan Joel Glazer untuk kekal melabur dalam Red Devils, tidak disenangi penyokong.

Sementara tawaran Sheikh Jassim adalah untuk menguasai 100 peratus kelab dan berjanji untuk menghapuskan hutang United sebanyak £970 juta (RM5.45 bilion).

The Glazers gagal memenangi hati penyokong sejak mereka membebani kelab itu dengan hutang ketika pengambilalihan bernilai £790 juta (RM4.44 bilion) pada 2005, tampak akan mendapat untung besar selepas menawarkan peluang pelaburan pada November.



Bagaimanapun mereka dilaporkan menanti tawaran rekod dunia £6 billon (RM33.81 bilion) buat kelab bola sepak itu sebelum bersetuju untuk menjualnya.

Penyokong Manchester United (MUST) menggesa penyelesaian pantas kepada proses penjualan itu untuk membolehkan pemilik baharu berkuasa untuk jendela perpindahan musim panas.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button