‘Tun’ buat Mahathir kebal, bebas hina Raja?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Gelaran Tun buat Mahathir kebal, bebas hina Raja?

Benarkah gelaran ‘Tun’ membuatkan Mahathir kebal dan bebas menghina Raja-Raja Melayu?

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir semakin melampau bila mengeluarkan kenyataan kononnya beliau adalah ‘Juara’ dalam hal membela Melayu.

Mahathir menerusi satu video yang tular semula, dengan jelas cuba mempengaruhi pemikiran rakyat mengenai tingkah laku Raja-Raja Melayu.

Video berkenaan dipercayai video sebelum Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

Apa yang dikesali ialah cara percakapan Mahathir dan cara beliau mengkritik Raja-Raja Melayu. Dalam video berkenaan juga , beliau mempertikaikan mengenai hartanah di Johor dan mengaitkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam penjualan tanah Johor.

Mahathir juga bercakap mengenai Sultan Kedah (tidak pasti siapa) mengenai Kapitan Cina yang memberikan monopoli kutipan cukai dan penjualan candu satu ketika dahulu.

Begitu berani Mahathir bercakap sambil menghina Raja-Raja Melayu dihadapan audien yang tidak diketahui dari kaum mana.

Adakah Mahathir sebenarnya pernah mencuba untuk menghapuskan kewujudan Raja-Raja Melayu? Jangan lupa, beliau juga telah berjaya ‘menghadkan’ kuasa Raja-Raja Melayu menerusi Perlembagaan Negara.

Lebih mengejutkan apabila Mahathir menyatakan beliau tidak mempunyai rasa hormat terhadap Raja-Raja Melayu dan disambut dengan tawa serta komen oleh audien yang bersetuju untuk tidak menghormati Raja Melayu.

Tidak menghairankan rakyat generasi terkini semakin hilang rasa hormat terhadap Institusi Raja Melayu. Ini adalah kerana wujudnya orang seperti Mahathir yang begitu ‘memusuhi’ Institusi Raja Melayu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker