Tular kereta rempuh lori, pelajar wanita cedera parah

Oleh – Syeikh Baran


Tular kereta rempuh lori, pelajar wanita cedera parah
Keadaan SUV yang dipandu pelajar tersebut.

Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) cedera parah selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 4, Jalan Kota Tinggi-Kulai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, kejadian pada pukul 4.30 petang itu melibatkan mangsa berusia 19 dan seorang lelaki tempatan, 20 sebagai penumpang di bahagian depan SUV Toyota Rush tersebut dengan sebuah lori Nissan UD dipandu lelaki tempatan berusia 30 tahun.

“Dalam kemalangan tersebut, wanita tersebut yang merupakan pelajar di institut pengajian tinggi awam di Johor Bahru mengalami kecederaan parah di bahagian pinggul dan dirujuk ke Hospital Kota Tinggi bagi mendapatkan rawatan.

“Penumpang lelaki hadapan SUV tersebut pula mengalami cedera ringan di bibir dan tangan kiri manakala pemandu dan kelindan lori tersebut cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata,  pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berkenaan dakwaan pemandu wanita terbabit mengalami microsleep ketika kejadian berlaku.

“Kita tidak dapat sahkan sebab mangsa sedang mendapat rawatan di HSA dan belum buat laporan polis serta rakam percakapan lagi,”ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker